Pengunjung Jualan Gudang Karangkraf berpuas hati

Iklan
Orang ramai mudah untuk mencari bahan bacaan kerana setiap bahagian dilabel dengan jelas. Gambar kecil dari kiri: Hanani Amira, Muhammad Zharfan

SHAH ALAM - Kemudahan yang disediakan pada Jualan Gudang Karangkraf 2023 ternyata menarik minat pengunjung untuk kembali lagi di masa akan datang.

Tinjauan Sinar Harian mendapati rata-rata pengunjung berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak penganjur kerana bersifat mesra pelanggan.

Iklan
Iklan

Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis, Hanani Amira A Halim, 23, berkata, melihat kepada kemudahan yang disediakan oleh penganjur membuatkan dia mahu kembali ke jualan gudang pada masa akan datang.

"Selalunya kalau kita pergi ke acara-acara besar, tempat meletak kenderaan merupakan salah satu masalah yang sering dialami dan itu menjadi kebimbangan saya.

Iklan

Seorang lagi pengunjung, Azlinah Puasa, 39, memberitahu, kemudahan disediakan amat menyenangkan dia dan keluarganya.

Azlinah (dua dari kiri) hadir bersama empat orang anaknya ke Jualan Gudang Karangkraf 2023 pada Ahad.

Katanya, sebagai seorang ibu yang hadir bersama empat orang anak, ia agak mencabar kerana perlu memerhatikan pergerakan mereka.

Iklan

"Bagaimanapun, saya begitu tertarik dengan acara yang disediakan oleh pihak penganjur iaitu aktiviti mewarna kanak-kanak. Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk mendaftarkan anak bongsu menyertai aktiviti tersebut.

"Jadi, sementara menunggu dia habis mewarna, saya dan tiga anak yang lain boleh mencari bahan bacaan. Saya juga tidak khuatir meninggalkan anak bongsu sendirian kerana keadaan sekeliling yang kondusif,” kata kerani yang berasal dari Taman Medan, Petaling Jaya.

Bagi seorang pelajar Tingkatan Enam, Muhammad Zharfan Kamarulzaman, 19, dia tertarik dengan cara susunan pembahagian buku.

"Sebagai seorang yang aktif mengikuti acara-acara jualan buku, saya merasakan susun atur dalaman yang disediakan oleh pihak penganjur adalah antara yang terbaik.

"Saya tidak mengambil masa lama untuk mencari ruangan bahan bacaan yang diinginkan kerana di setiap rak dilabel dengan jelas,” ujarnya.

Jualan Gudang Karangkraf 2023 kembali menemui pengunjung di Kompleks Karangkraf dengan tawaran diskaun sehingga 80 peratus dan akan berlangsung sehingga 10 September ini.