Salah mahu kekal di Anfield

Iklan
Salah - Foto AFP

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mengesahkan Mohamed Salah mahu kekal di Anfield selepas di sebalik minat yang ditunjukkan oleh kelab Arab Saudi, Al-Ittihad.

Liverpool dilaporkan menolak tawaran bernilai sehingga £150 juta (RM878 juta) daripada Al-Ittihad untuk Salah minggu ini.

Iklan
Iklan

Jendela perpindahan di Arab Saudi masih dibuka sehingga Khamis dan Liverpool bersiap sedia untuk menerima lebih banyak tawaran untuk pemain Mesir itu dalam beberapa hari akan datang.

"Saya tidak pernah meragui komitmennya terhadap kelab ini.

Iklan

"Anda tidak boleh bayangkan betapa kecoh dunia dengan berita mengenai tawaran tersebut, tetapi kami tenang dengannya. Dia pemain kami dan mahu bermain di sini," kata Klopp.

Salah memainkan peranan penting dengan satu gol dan beberapa gerakan untuk gol Liverpool dalam kemenangan 3-0 ke atas Aston Villa pada Ahad sekali gus membuktikan bahawa dia mahu terus kekal di Anfield.

Iklan

Dalam pada itu, pemain tengah Liverpool, Dominik Szoboszlai mahu Salah terus mengemudi jentera serangan Liverpool.

"Kami sudah tentu bercakap antara satu sama lain tetapi dia mahu kekal, dia mahu berada di sini dan bersama kami.

"Kami sangat gembira - kami memerlukan pemain sepertinya dalam pasukan," katanya.