JUBA - Ibu kota Sudan Selatan, Juba mengharamkan semua kelab malam dan mengehadkan waktu operasi bar selepas ia didakwa menjadi sarang aktiviti tidak bermoral, kata presiden semalam.
"Kerajaan negeri Jubek sudah mengharamkan semua kelab malam, bar dan persembahan muzik malam di bandar Juba,” menurut satu kenyataan dikeluarkan pejabat Presiden Salva Kiir Mayardit.