'Fatwa politik' timbulkan salah faham, cemarkan Islam - Mohd Na'im

Iklan
Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar.

PUTRAJAYA - Tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan hukum haram jika memberi undi kepada calon lawan dilihat boleh menimbulkan salah faham dalam masyarakat dan mencemar kesucian ajaran Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menegaskan, pihaknya amat khuatir dengan tindakan sesetengah pihak yang mengeluarkan kenyataan bersifat menghukum kumpulan tidak sealiran fahaman dengan kumpulan politik masing-masing.

Iklan
Iklan

"Masyarakat Malaysia secara umumnya mengaitkan penggunaan istilah haram dengan hukum syarak iaitu hukum tegahan (dalam Islam) yang dijanjikan ganjaran pahala bagi orang yang mematuhinya dan dosa bagi orang mengingkarinya," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, selaku badan yang diberi amanah dalam menjaga dan memelihara kesucian agama Islam, pihaknya amat khuatir dengan tindakan mengeluarkan hukum tanpa disiplin sepatutnya.

Iklan

"Situasi ini akan mencetuskan bibit-bibit perpecahan yang lebih serius dan mengancam keselamatan negara," ujar beliau.

Jelasnya, Malaysia mempunyai pihak berautoriti dalam mengeluarkan pandangan hukum atau fatwa mengenai sesuatu perkara.

Iklan

"Saya berharap agar kita semua menghormati pihak berautoriti dan tidak terpengaruh dengan hukum yang dikeluarkan untuk tujuan kepentingan politik," katanya.

Mohd Na'im dalam pada itu menyeru semua yang terlibat di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) agar bersaing secara sihat dengan mengemukakan buah fikiran serta idea-idea untuk membangunkan rakyat selain menghentikan kempen menyentuh sentimen keagamaan dan perkauman.

"Saya dengan ini ingin menyeru semua pihak agar bertanggungjawab untuk menghormati kesucian agama Islam, menjaga perpaduan dan keamanan masyarakat pelbagai kaum serta agama dalam negara yang tercinta ini," katanya.

Pada Ahad, Muhyiddin menyatakan haram hukumnya bagi mereka yang mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat, pada PRK Parlimen Pulai.

Dakwanya, tindakan itu sebagai bantahan dan kemarahan pengundi di Parlimen Pulai berikutan kerajaan Perpaduan tidak membantu rakyat dalam kesusahan.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Fatwa' haram undi calon PH, Muhyiddin perlu taubat - Tok Mat

Undi calon PH haram: Zahid bidas 'fatwa' politik Muhyiddin

'Kamu siapa haramkan pengundi undi Suhaizan' - Anwar

Fatwa politik haram beri undi kepada saya tak wajar - Suhaizan

Tindakan hasut rakyat: Kerajaan Perpaduan tak akan bertolak ansur

Berkawan dengan Pas, Muhyiddin keluar fatwa haram - Mohamad Sabu