Jangan percaya dakwaan agama Islam terancam jika PH menang - Tok Mat

Iklan
Mohamad Hasan bersalaman dengan jentera di PDM, Pekaka, Taman Perling, pada Ahad.

JOHOR BAHRU – Rakyat diharap tidak mudah percaya dengan dakwaan agama Islam akan terancam sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.

Menurut Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, ancaman kononnya dari DAP itu adalah tohmahan semata-mata bagi menakut-nakutkan rakyat.

Iklan
Iklan

"Jangan percayalah dengan tohmahan ancaman agama itu, sebabnya dah 19 bulan saya dalam Kabinet.

"Sehingga ke hari ini, tak ada pun usaha-usaha ancam agama Islam atau bangsa Melayu (cuba), dibuat mereka (DAP).

Iklan

"Lagi pun, dalam Kabinet, DAP ada empat orang sahaja. Apa yang dapat dibuat? Kita ada lebih dari segi majoriti,” katanya ketika berucap di Pusat Daftar Mengundi (PDM), Pekaka, Taman Perling, pada Ahad.

Tambahnya, persefahaman antara BN dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan hari ini adalah bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Iklan

"UMNO dan DAP tak ada pun kena mengena kerana persefahaman kita adalah untuk tubuh kerajaan dan nak selamatkan negara. Itu sebabnya, masa PRN (Pilihan Raya Negeri) lalu, kita gunakan logo sendiri,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Hasan yang juga Menteri Pertahanan berharap, jentera parti sudah boleh mula merancang bagi mengadakan persiapan bagi mengharungi PRU16 kelak yang dijangka pada 2027 kelak.

Katanya, ketika itu, barulah UMNO dapat melihat dan menilai kekuatan sendiri selepas tewas teruk pada PRU15 lalu.

"Kalau tanya saya, isu apa kita nak rancang, baik kita rancang untuk PRU16. Itu yang nak dirancang sebenarnya,” katanya.