Ahmad Maslan minta Muhyiddin jangan permainkan agama

Iklan
Ahmad Maslan

SHAH ALAM - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta tidak mempermainkan agama dengan mengeluarkan fatwa politik untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai yang akan diadakan pada 9 September depan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mempersoalkan kewajaran tindakan bekas Perdana Menteri itu kerana menyatakan haram bagi mereka yang mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, rakyat dan pengundi faham fatwa politik itu salah dan sangat mengelirukan.

"Kami menggunakan politik untuk mendaulatkan Islam dan bukan sebaliknya.

Iklan

"Ini bermakna, kami tidak menggunakan Islam demi kepentingan politik semata-mata,” katanya menerusi hantaran di X pada Isnin.

Media pada Ahad melaporkan, Muhyiddin telah mengeluarkan fatwa haram memberi undi kepada Suhaizan bagi PRK Parlimen Pulai ketika berucap dalam Ceramah Perdana PN di Kempas, Johor pada Sabtu.

Iklan

Dalam ucapan tersebut, Muhyiddin mendakwa ia sebagai menunjukkan bantahan dan kemarahan pengundi di Parlimen tersebut berikutan Kerajaan Perpaduan tidak membantu rakyat yang kesusahan seperti isu kenaikan harga barang.

Justeru kata Ahmad, orang ramai perlu menolak parti tersebut di Pulai dan Simpang Jeram, Johor.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Fatwa' haram undi calon PH, Muhyiddin perlu taubat - Tok Mat

Undi calon PH haram: Zahid bidas 'fatwa' politik Muhyiddin

'Kamu siapa haramkan pengundi undi Suhaizan' - Anwar

Fatwa politik haram beri undi kepada saya tak wajar - Suhaizan

Tindakan hasut rakyat: Kerajaan Perpaduan tak akan bertolak ansur

Berkawan dengan Pas, Muhyiddin keluar fatwa haram - Mohamad Sabu