Tun M gesa orang Melayu keluar mengundi

Iklan
Mahathir

MUAR - Orang Melayu diminta menunaikan tanggungjawab dengan keluar mengundi sekiranya tidak mahu ‘kehilangan’ Tanah Melayu yang diwarisi sejak sekian lama.

Menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tanah Melayu yang asalnya bermula dari Segenting Kra hingga ke kepulauan Lingga telah hilang sedikit demi sedikit dan sehingga tinggal apa yang ada ketika ini.

Iklan
Iklan

Justeru katanya, tanggungjawab terletak kepada orang Melayu untuk terus mempertahankan tanah yang ada ketika ini dengan keluar mengundi beramai-ramai kali ini.

"Orang Melayu perlu keluar mengundi jika tak mahu terus kehilangan Tanah Melayu... ini kerana jika parti itu (PH), terus memperoleh kemenangan, mereka akan memberikan tanah Melayu ini kepada orang lain.

Iklan

Mahathir berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Mega Perikatan Nasional (PN), di Simpang Jeram, pada Ahad.

Sementara itu, Mahathir turut menyatakan rasa sedih apabila melihat ramai orang Melayu yang tidak keluar untuk mengundi.

Iklan

Katanya, perkara itu nyata berbeza dengan kaum Cina yang kebiasaannya akan keluar beramai-ramai bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut (mengundi).

"Saya sebenarnya sedih tengok ramai orang Melayu tak mahu keluar mengundi, tengok kaum Cina... mereka akan keluar beramai-ramai, untuk mengundi.

"Oleh itu, jika tidak mahu kehilangan Tanah Melayu, orang Melayu, perlu keluar mengundi... dan berikanlah sokongan kepada calon PN supaya Tanah Melayu ini dapat terus dipertahankan,” katanya.