MB Kelantan gagal mohon maaf, Dr Hafidzah teruskan saman

Iklan
Dr Hafidzah (kiri) dan Muhd Nor Aswadi menjayakan Program Komunikasi Tindakan Setempat dan Sambutan Hari Kebangsaan di Pasar Kubang Pasu, Kota Bharu pada Isnin.

KOTA BHARU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim menyerahkan tuntutan saman ke atas Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud kepada pihak peguam untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, tindakan itu susulan Mohd Nassuruddin yang juga ADUN Meranti tidak membuat permohonan maaf sebagaimana dituntut berhubung kenyataan yang melabelkan beliau dan ADUN Galas, Mohd Syahbuddin Hasyim sebagai kumpulan menentang perjuangan Islam.

Iklan
Iklan

"Kita tunggulah...," katanya semasa sidang akhbar pada Isnin.

Sebelum itu Dr Hafidzah bersama Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Kelantan, Muhd Nor Aswadi Md Nor menjayakan Program Komunikasi Tindakan Setempat dan Sambutan Hari Kebangsaan di Pasar Kubang Pasu, di sini.

Iklan

Mengulas lanjut mengenai tindakan saman itu, Dr Hafidzah berkata, beliau bertegas demi menjaga maruah dirinya sendiri dan tidak rela diberi gelaran apa-apa yang tidak benar.

"Rakyat perlu tahu mereka ada prinsip dan dengan semangat itu beliau akan masuk ke DUN dengan penuh keyakinan.

Iklan

"Saya tidak mahu mewujudkan hubungan negatif dan semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing demi kesejahteraan rakyat," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Hafidzah yang juga Timbalan Pengerusi Wanita Pakatan Harapan (PH) memberitahu, pada asasnya dan ADUN Galas sudah tahu tugas pembangkang walaupun hanya memperoleh dua kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

"Kami mahu memainkan peranan di Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk melaksanakan semak dan imbang," katanya.

Beliau berkata, sebagai wakil rakyat pembangkang, mereka sangat mengalu-alukan pengumuman Menteri Besar Kelantan untuk memberikan peruntukan yang sama.

"Alhamdulillah itu menunjukkan tuntutan keadilan dalam Islam yang kita perjuangkan bersama sama.

"Cuma kita juga tidak mahu mana-mana pihak ambil kesempatan dan mengelirukan rakyat dengan tuduhan yang tidak benar," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh lawan Islam: 2 ADUN PH-BN tuntut MB Kelantan mohon maaf