'Saya bersyukur dilepas tanpa bebas' - Ahmad Zahid

Iklan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa syukur setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin memutuskan beliau dilepas tanpa dibebaskan bagi 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Presiden UMNO itu berkata, pengumuman mahkamah itu sebagai satu perkhabaran gembira bukan sahaja buat dirinya, malah kepada seluruh ahli keluarga termasuk isteri tercinta.

Iklan
Iklan

"Saya dan semua ahli keluarga termasuk menantu, cucu dan isteri berasa bersyukur kepada ALLAH kerana hari ini mahkamah telah buat keputusan bahawa 47 kes yang telah dituduh kepada saya telah digugurkan.

"Perkara kedua melibatkan pengemukaan representasi yang masih belum dimuktamadkan sepenuhnya," katanya dalam sidang akhbar di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin.

Iklan

Berhubung pengguguran kes tersebut, Ahmad Zahid berkata, beliau menzahirkan terima kasih kepada barisan peguam yang telah bekerja keras.

Beliau berkata, kesemua peguam telah menjalankan tugas dengan penuh profesional dan bertanggungjawab.

Iklan

"Saya sangat terhutang budi dengan pelaksanaan tugas yang dilakukan oleh seluruh barisan peguam," katanya.

Selain itu kata beliau, terima kasih turut ditujukan kepada seluruh barisan pemimpin dan penyokong UMNO yang terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi.

"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan Majlis Tertinggi UMNO, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Puteri UMNO.

"Ucapan terima kasih juga kepada seluruh ulamak, guru-guru saya serta doa daripada rakan-rakan yang diketahui dan tidak diketahui doa mereka.

"Terima kasih juga ditujukan kepada seluruh rakan komponen Barisan Nasional (BN) atas dokongan diberikan kepada saya selama ini," ujarnya.

Tambahnya, tugas UMNO dan BN adalah meneruskan perjuangan serta memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Malah katanya, perjuangan juga diteruskan untuk menghalang segala lemparan atau pertuduhan bermotifkan politik dapat dihentikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Zahid hadir prosiding 47 kes rasuah, pecah amanah, AMLA

Pendakwaan mahu hentikan prosiding kes terhadap Ahmad Zahid

[VIDEO] Ahmad Zahid lepas tanpa bebas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah, AMLA

'Saya bersyukur dilepas tanpa bebas' - Ahmad Zahid

Bazir masa mahkamah, wang rakyat - Hakim

Tidak wujud persepsi negatif sistem perlembagaan negara - Peguam

11 alasan pasukan pendakwaan mohon kes Ahmad Zahid dihentikan