Didik anak dengan cara terbaik, kata Tun M

Iklan
Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menzahirkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada kaum wanita di seluruh negara.

"Selamat menyambut Hari Ibu. Saya harap ibu-ibu semua berada dalam keadaan sihat dan mendidik anak-anak dengan cara yang terbaik,” kata Dr Mahathir menerusi catatan dalam laman Twitter rasmi beliau @chedetofficial.

Iklan
Iklan

Turut dilampirkan bersama catatan itu ialah klip video berdurasi 32 saat yang memaparkan Dr Mahathir, 93, bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, 92, yang juga ibu kepada tujuh anak mereka.

Hari Ibu di Malaysia disambut setiap Ahad minggu kedua dalam bulan Mei setiap tahun. - Bernama

Iklan
Iklan