Polis cedera, dua kereta dirempuh mat rempit

Iklan
Dua kereta unit peronda polis rosak di bahagian hadapan akibat dirempuh motosikal dalam Op Samseng Jalan Raya, awal pagi tadi.
IPOH -"Saya tak sengaja, terpulas minyak," kata seorang remaja dikenali Mirul, 18, yang ditahan selepas motosikal ditunggangi merempuh sebuah kereta unit peronda polis dalam Op Samseng Jalan Raya, awal pagi tadi.

Operasi yang dijalankan di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Ipoh Selatan itu menahan lebih 100 individu termasuk tiga wanita bersama 83 motosikal.

Mirul dari Sungai Siput berkata, keadaan ketika itu agak kelam kabut menyebabkan dia yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR cemas dan hilang kawalan.

Lebih 100 individu ditahan bersama 83 motosikal.
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


"Saya tak fikir apa, tak ada niat nak rosakkan atau cederakan polis, cuma saya terkejut, tahu-tahu dah rempuh kereta polis," katanya.

Remaja berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan, hanya kerosakan teruk di bahagian depan motosikal.

Katanya, ini kali pertama dia ditahan polis dan mengakui kesal dengan kejadian itu apatah lagi motosikal berkenaan dibeli tunai menggunakan wang yang dikumpul sejak setahun lalu.

Dalam operasi itu, dua kereta unit peronda polis turut mengalami kerosakan di bahagian hadapan akibat dirempuh dua motosikal.

Keadaan motosikal Mirul.


Seorang anggota polis berpangkat konstabel pula cedera ketika mengelak daripada dirempuh penunggang motosikal.

Anggota berusia 23 tahun itu mengalami cedera di tangan dan kaki selepas secara tiba-tiba sebuah motosikal meluru ke arahnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby ketika dihubungi mengesahkan penahanan dibuat.

Katanya, semua yang ditahan termasuk motosikal dibawa ke Unit Penguatkuasa Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh untuk siasatan lanjut.