PERLAWANAN bola sepak saingan Liga Super antara Kelantan United FC (KUFC) dan Kuching City FC tertunda selama sejam setengah akibat air bertakung di atas padang Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini kerana cuaca hujan pada Isnin.
Perlawanan itu asalnya dijadualkan berlangsung pada jam 9 malam, namun dijangka hanya akan dapat dimulakan pada jam 10.30 malam.
Iklan
Iklan
Situasi yang berlaku memaksa petugas stadium cuba untuk mencedok air secara manual menggunakan penyodok sampah dan bekas plastik, namun dilakukan sekejap sahaja kerana masih hujan.
Permukaan padang yang basah pasti menjejaskan kualiti permainan yang mahu ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan dalam misi memburu mata kemenangan.
Selepas 20 perlawanan, KUFC berada pada kedudukan ke-12 manakala Kuching City FC di tangga tercorot liga.