SERDANG - Kemenangan Pakatan Harapan (PH) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan bukti sokongan rakyat terhadap kerajaan baharu tidak merosot seperti yang didakwa pembangkang.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kemenangan besar calon DAP, Vivian Wong Shir Yee dengan majoriti besar 11,521 menepis dakwaan kata-kata negatif terhadap PH.
"PH memenangi PRK Sandakan dengan kerjasama parti Warisan. Kejayaan ini menolak apa-apa hujah mengatakan sokongan terhadap kita menurun.
"Sekurang-kurangnya kita buktikan di PRK Sandakan kita telah memenanginya," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Hari Jururawat Antarabangsa 2019 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), di sini hari ini.
PRK Parlimen Sandakan adalah PRK kelapan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu, dengan yang pertama diadakan di DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos, DUN Balakong dan DUN Seri Setia (8 September), Parlimen Port Dickson (13 Oktober), Parlimen Cameron Highlands (26 Januari), DUN Semenyih (2 Mac) dan DUN Rantau (13 April).