PRK: Jangan jual undi demi wang sogokan

Iklan
Siti Mastura semasa menyampaikan ceramah dalam program Pentas Anak Muda Perikatan Nasional di pekarangan DPKK Bakri, Muar pada malam Isnin

MUAR - Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 9 September ini diingatkan supaya tidak 'menjual' undi mereka hanya kerana mahu wang sogokan.

Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad berkata, masa depan pengundi terutama orang muda lebih bernilai berbanding wang ringgit yang cuba disogokkan pihak-pihak tertentu yang mahukan undi mereka.

Iklan
Iklan

"(Ada parti yang kata) siapa pangkat kami, kami bagi RM200, siapa pangkah kami, kami bagi RM300. Adakah itu nilai sebuah politik dalam kita nak pilih sebuah kepimpinan negara," katanya ketika berucap dalam program Pentas Anak Muda Perikatan Nasional di pekarangan DPKK Bakri pada malam Isnin.

Turut hadir Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari; Timbalan Ketua Pemuda PN, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Timbalan Ketua Pemuda PN, Wong Chia Zhen dan Ketua Pemuda PN Johor, Ahmad Nawfal Mahfodz.

Iklan

Siti Mastura yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas Pulau Pinang berkata, urusan memilih pemimpin amat berat dan merupakan satu tanggungjawab besar.

"Kalau nak beli baju pun kita kena teliti supaya dapat tahan lama, cantik dan elok, inikan pula nak memilih kepemimpinan. Nak pilih orang yang membawa negeri dan negara kita ke arah lebih baik dan sejahtera," katanya.

Iklan

Beliau memberi analogi yang pernah diingatkan bekas Mursyidul Am Pas, Tan Sri Nik Aziz Nik Mat bahawa jika menaiki kenderaan untuk ke satu tempat, perlu dipastikan pemandu itu jalan untuk ke destinasi dituju.

"Kalau dari Johor nak ke Pulau Pinang kena tau jalannya, tak tau jalan kita akan singgah tempat lain, tak sampai Pulau Pinang. Sekiranya pemandu itu tahu tak pandai atau tak tahu jalan ke Pulau Pinang apa perlu kita buat? Kita kena tukar pemandu.

"Hari ini kita diberi ruang untuk tukar pemandu tersebut. Kita mahukan 'pemandu' yang boleh bawa kebaikan, kesejahteraan dan keprihatinan kepada rakyat Johor tetapi kita nak juga yang boleh bawa suara kita di peringkat Parlimen," katanya.

Dr Siti Mastura berkata, orang muda dan wanita merupakan kelompok pengundi terbesar sekali gus mempunyai kuasa undi dalam menentukan kemenangan dua PRK tersebut.

Beliau mengingatkan pengundi supaya tidak terpedaya dengan janji-janji politik pihak lawan kerana apabila sudah mendapat kuasa, mereka ditinggalkan dan janji tidak ditepati.

Sementara itu, Ahmad Nawfal berkata, sekiranya pengundi memilih calon BN dan Pakatan Harapan (PH) di DUN Simpang Jeram, keputusan itu tidak akan membawa sebarang kesan terhadap negeri ini.

Sebaliknyam beliau berkata, jika memilih calon PN, Dr Mazri Yahya, beliau akan menjadi pembangkang yang berkesan dalam DUN Johor dengan menjadi pengimbang kepada kerajaan negeri yang dipimpin UMNO.

'Kita nak tolong (Menteri Besar) Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam sidang DUN Johor kerana di Johor tidak dipimpin Kerajaan Perpaduan. Tiada wakil Amanah (Parti Amanah Negara); PKR (Parti Keadilan Rakyat) atau DAP dalam kerajaan. Di Johor tiada Kerajaan Perpaduan," katanya.