Pukul kekasih, Antony disisih Brazil

Iklan
Antony - Foto Agensi

GARA-GARA dakwaan memukul bekas kekasih, Antony diketepikan daripada skuad Brazil bagi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Bolivia dan Peru hujung minggu ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Persekutuan Bolasepak Brazil (CBF) dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan
Iklan

Keputusan tersebut dibuat selepas media Brazil, UOL menyiarkan dakwaan bekas teman wanita Antony, Gabriela Cavallin yang menuduhnya melakukan serangan fizikal.

"Disebabkan fakta yang diketahui umum pada Isnin melibatkan penyerang Manchester United, Antony yang perlu disiasat.

Iklan

"Bagi melindungi mangsa, pemain, pasukan kebangsaan Brazil dan CBF... (Antony) diketepikan daripada skuad," kata CBF.

"Sejak awal lagi saya menangani perkara ini dengan serius dan hormat, memberikan penjelasan yang diperlukan oleh pihak berkuasa.

Iklan

"Saya dengan yakin menyatakan tuduhan itu adalah palsu dan bukti sudah diberikan manakala yang lain akan dikemukakan menunjukkan saya tidak bersalah terhadap tuduhan itu.

"Saya percaya siasatan polis giat berjalan dan akan menunjukkan kebenaran bahawa saya tidak bersalah," tulis Antony di laman Instagram.

Dalam pada itu, jurucakap Sekretariat Keselamatan Awam Brazil mengesahkan siasatan polis itu.

Jurulatih Brazil, Fernando Diniz memanggil penyerang Arsenal, Gabriel Jesus bagi menggantikan Antony.

Brazil akan melayan kunjungan Bolivia Sabtu ini sebelum bertandang ke Peru empat hari kemudian ketika mereka memulakan kempen kelayakan Piala Dunia.