Kekasih, adik angkat dilarang: Atiq Azman

Iklan
Atiq Azman

PELAKON meningkat naik, Atiq Azman, memberitahu remaja terutamanya yang masih di bangku sekolah dilarang bercinta.

Apatah lagi mempunyai adik atau abang angkat kerana dibimbangi mengundang kemudaratan pada diri sendiri.

Iklan
Iklan

Atiq Azman atau nama sebenarnya Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 19, mengulas pengajaran yang boleh dijadikan teladan tentang watak Amirul menerusi drama Nur 2 meskipun sudah tamat.

Pelakon, Atiq Azman

"Masa drama Nur pertama watak Amirul tidak begitu besar dan kerana itulah Abang Ijat selaku pengarah drama luaskan watak itu lebih lagi dalam Nur 2.

Iklan

"Bukan suka-suka tetapi ada mesej yang ingin disampaikan kepada penonton.

"Sebagai contoh, di dalam sekolah kalau ada yang bercinta mahupun adik angkat sebenarnya dilarang sebab kalau ada masalah seperti tidak ada mood nak makan atau datang ke sekolah ia akan mengundang perkara yang tidak baik,” jelasnya kepada Sinar Harian.

Iklan

Mengenai perkembangan karier lakonan, Atiq sedang menjalani penggambaran sebuah drama Cinta Itu Ferry Tale yang digandingkan dengan pelakon Eyka Farhana arahan pengarah Tam Suhaimi.