Dadah dalam bungkusan aluminium bernilai RM1.2 juta dirampas

Iklan
Sazali (tengah) menunjukkan bungkusan dadah dalam aluminium foil yang dirampas JKDM di Pusat Kurier KLIA, Sepang, 28 Ogos lalu.

SEPANG - Taktik sorok dadah ketamin bernilai RM1.2 juta dalam parcel yang dihantar dari negara di Asia Tengah dengan mengisytihar sebagai barang ubatan terbongkar dalam rampasan di Pusat Kurier Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, 28 Ogos lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad berkata, rampasan dibuat sepasukan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Unit III kira-kira jam 9.40 pagi.

Iklan
Iklan

"Alamat yang tertera di parcel adalah di Nilai, Negeri Sembilan. Namun siasatan lanjut mendapati alamat itu adalah palsu.

"Pasukan siasatan telah pergi ke alamat tertera terbabit yang terletak berhampiran sebuah kolej, namun lokasi tepat ia tidak wujud.

Iklan

"Bagaimanapun, JKDM percaya dadah bernilai kira-kira RM1.2 juta itu akan dihantar ke destinasi akhir di Negeri Sembilan," katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Kastam Kargo di sini pada Selasa.

Beliau berkata, JKDM tidak tolak kemungkinan suspek menggunakan aluminium foil kononnya untuk melepasi mesin imbasan.

Bungkusan parcel yang menggunakan alamat palsu dikesan JKDM pada 28 Ogos lalu di Pusat Kurier KLIA, Sepang.

Iklan

Katanya, siasatan awal mendapati parcel terbabit sampai di kargo pada 25 Ogos dan berdasarkan jumlah rampasan, ia boleh digunakan oleh 100,700 penagih.

"Usaha sedang dijalankan untuk mengesan suspek terlibat dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," ujarnya.