Akta khusus PSB galak pembangunan semula bandar usang, terbiar

Iklan
Nga Kor Ming - Foto: Bernama

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang dalam proses menyediakan satu akta khusus Pembaharuan Semula Bandar (PSB) bagi menggalakan pembangunan semula bandar usang dan terbiar.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata, akta tersebut dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan.

Iklan
Iklan

"Apa yang saya dapat lihat dalam pembangunan negara, terdapat beberapa perkara yang merencatkan usaha ke arah PSB antaranya ketiadaan perundangan khusus," katanya ketika sidang akhbar di KPKT pada Selasa.

Menurutnya, penggubalan akta tersebut merupakan satu keperluan bagi menjana sekali lagi ekonomi yang lebih mampan, berdaya maju dan progresif.

Iklan

"Bagi mengatasi isu-isu ini, langkah-langkah pembaharuan semula bandar adalah perlu kerana menjelang tahun 2040, kadar perbandaran dijangka meningkat kepada 85 peratus.

"Pertumbuhan bandar yang pesat ini telah mewujudkan cabaran baharu yang memerlukan satu perancangan dan pengurusan bandar yang lebih sistematik, terancang serta cekap," katanya.

Iklan

Jelas beliau, kementerian menerusi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) turut akan membangunkan satu pangkalan data geospatial.

"Data tersebut bertindak sebagai inventori lokasi dan maklumat tapak kawasan yang berpotensi untuk pembaharuan semula bandar seluruh negara dan dilengkapi dengan maklumat seperti usia bangunan atau sesuatu kawasan, status keadaan bangunan dan lain-lain," katanya.

Ujar beliau, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengenal pasti 139 tapak di atas 1,297 hektar tanah sebagai kawasan yang wajar diruntuh dan dibangunkan semula.

"Negeri lain tidak mempunyai data tersebut, oleh itu data based ini wajar diperluas ke seluruh negara supaya dapat mendorong semula pembangunan semula bandar," katanya.

Dalam pada itu, Kor Ming turut memaklumkan persetujuan secara sebulat suara semua pemilik strata dikaji semula dan diperincikan melalui pindaan Seksyen 57 Akta 318 oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

"Saya berharap hasil dapatan kajian oleh JKPTG akan dapat digunakan secara bersama bagi mempercepatkan perkara

berkaitan persetujuan pemilik ini," katanya.