PM Anwar, isteri tiba di venue sidang kemuncak ASEAN

Iklan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2023 Ke-43 dan Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan yang akan berlangsung pada 5 hingga 7 September ini. - Foto Bernama

JAKARTA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di venue Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di sini.

Ketibaan pasangan itu di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC) di Senayan, disambut Presiden Indonesia Joko Widodo dan isteri Iriana, serta Menteri Luar Retno Marsudi.

Iklan
Iklan

Anwar mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak ASEAN dan sidang-sidang kemuncak berkaitan bermula hari ini hingga Khamis dengan Indonesia sebagai Pengerusi ASEAN di bawah tema"ASEAN Matters: Epicentrum of Growth”.

Beliau akan menyertai Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 dan perasmian Forum ASEAN-Indo Pasifik (AIPF) serta mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia di sini dan sahabat-sahabat Indonesia dalam Program Temu Anwar.

Iklan

Semalam, Anwar melahirkan harapan bahawa penyertaan Malaysia pada sidang kemuncak tahunan itu akan mengukuhkan lagi Kepusatan ASEAN di rantau Indo-Pasifik dan menggalakkan keterangkuman serta keterbukaan ASEAN dalam menjalin hubungan dengan rakan luar.

"Platform ini dapat menggalakkan kebersamaan, keamanan dan kestabilan tatkala menghadapi cabaran dan perubahan evolusi geopolitik serantau,” katanya.

Iklan

Platform itu juga menurut Anwar, dapat digunakan bagi menyatakan hala tuju kerajaan berkaitan isu global yang berkaitan, selain menyertai beberapa siri sidang kemuncak bagi mengukuhkan rangkaian diplomatik yang sekian lama terjalin dengan rakan ASEAN.- Bernama