Ibu tak lena tidur anak OKU hilang sehari sebelum Ramadan

Iklan
Rokiah (kiri) bersama anaknya, Mohd Shahrel (kanan) yang menghilangkan diri sejak lapan hari lalu.

KUALA TERENGGANU - Menunggu dan terus menunggu, hanya itu yang mampu dilakukan Rokiah Harun,66, dari Kampung Kubang Parit, di sini apabila bercerita mengenai anak lelakinya yang hilang sejak sehari sebelum Ramadan lalu.

Selain berdoa, Rokiah juga berharap agar sesiapa yang tahu megenai anaknya itu dapat memberitahu kepadanya.

Iklan
Iklan

Risaunya bukan kepalang, apatah anak sulungnya itu Mohd Shahrel Mohd Hanafiah, 34, mempunyai masalah mental.

"Dia pernah dirawat di Pusat Rawatan Mental di Jenagor, Hulu Terengganu.

Iklan

"Saya tak tahu kenapa dia pergi, ke mana dia pergi. Selama ini, saya memang bergantung harap pada dia," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Katanya, biarpun anaknya ada masalah kesihatan, tetapi Mohd Shahrel seorang anak yang bertanggungjawab.

Iklan

"Kami tinggal berdua sahaja. Dialah yang menghantar saya pergi dan ambil balik kerja. Bila dia tak ada ni, saya pun tak boleh pergi kerja lagi.

"Saya ada hubungi telefon bimbitnya sehari selepas dia hilang, orang yang jawab tu kata jumpa telefon dia yang tercicir berhampiran sebuh hotel," ujar Rokiah yang bekerja sebagai tukang masak.

Rokiah tidak menyangka, ayat 'keluar sekejap' itu sehingga berhari-hari jadinya.

"Pada 5 Mei lalu, dia ajak saya ke rumah sepupunya di Kampung Bukit Besar, sampai sana dia kata nak keluar, lepas tu tak balik-balik sampai sekarang.

"Saya sangat risau... tak lena tidur saya memikirkan keselamatan dia.

"Saya bimbang orang apa-apakan dia lebih-lebih lagi sebab dia ada masalah mental,” katanya.

Rokiah berkata, dia telah membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya itu di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu, semalam.