Kes Ahmad Zahid: Amanah minta hujah Idrus Harun, AGC

Iklan
Mohd Hatta

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) meminta Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun atau Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk memberikan hujah atau alasan yang mendorong kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan (DNAA) 47 kes melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Setiausaha Agung Amanah, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata, pihaknya percaya dengan penjelasan terperinci tersebut dapat memberikan pencerahan kepada semua pihak yang masih tertanya-tanya dengan alasan timbalan pendakwa raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar menggugurkan pendakwaan.

Iklan
Iklan

"Ia sekali gus mengangkat integriti institusi undang-undang negara khususnya AGC dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sebelum ini, pihak pendakwaan bagi kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan Ahmad Zahid memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa mereka mahu menghentikan prosiding berkenaan.

Iklan

Mohd Dusuki memaklumkan, ia akan memberi kesan kepada Presiden UMNO itu supaya dilepas tanpa dibebaskan atas semua pertuduhan DNNA.

Dalam pada itu, Mohd Hatta memaklumkan, pihaknya menghormati keputusan mahkamah untuk melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid pada Isnin atas prinsip Kedaulatan Undang-undang yang didukung parti tersebut selama ini.

Iklan

"Amanah yakin bahawa proses perundangan dan prosiding mahkamah di sepanjang perjalanan kes ini telah pun dicermati dan diadili oleh Yang Arif Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan),” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Zahid hadir prosiding 47 kes rasuah, pecah amanah, AMLA

Pendakwaan mahu hentikan prosiding kes terhadap Ahmad Zahid

[VIDEO] Ahmad Zahid lepas tanpa bebas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah, AMLA

'Saya bersyukur dilepas tanpa bebas' - Ahmad Zahid

Bazir masa mahkamah, wang rakyat - Hakim

Tidak wujud persepsi negatif sistem perlembagaan negara - Peguam

11 alasan pasukan pendakwaan mohon kes Ahmad Zahid dihentikan

Kes Zahid: Pimpinan Kerajaan Perpaduan perlu nyatakan pendirian - Muda

Kes Zahid bukti wujud pendakwaan bermotif politik - UMNO Perak

ABIM gesa pengasingan kuasa pendakwa raya, Peguam Negara

Kerajaan hormati, tidak campur tangan kes mahkamah libat Zahid - Fadillah

Kebenaran akhirnya tertegak, memihak kepada Zahid - UMNO Kedah

Zahid tenang, Nurul Hidayah menangis

Ambiga tuntut beri penjelasan kes Ahmad Zahid

Latheefa Koya kritik pendakwaan henti prosiding Ahmad Zahid

Pembebasan Ahmad Zahid kukuh kembali imej UMNO - Ahmad Maslan

Kes Zahid: Tuan Ibrahim nafi keluar kenyataan

'Keputusan kes Zahid, satu kemunduran bagi gerakan rakyat’- Maria Chin

Kronologi kes Ahmad Zahid

Kes Zahid: Ujian ini ajar erti kesabaran, kesetiaan - Nurulhidayah

Kes Ahmad Zahid: UMNO Kelantan akan terus lawan fitnah musuh

Kes Ahmad Zahid: Rakyat perlu penjelasan munasabah

Idrus Harun diminta beri penjelasan kes Ahmad Zahid - Anthony Loke

UMNO Pulau Pinang akan terus sokong Ahmad Zahid

Kes Ahmad Zahid: Gerakan tuntut penjelasan

Kes Ahmad Zahid: Ahli Parlimen Subang gesa reformasi institusi