Asingkan kilang beras tempatan, import elak penyelewengan - Cake

Iklan
Mohamad Yusrizal menunjukkan beras putih import yang terdapat di sebuah pasar raya ketika tinjauan pada Selasa.

ALOR SETAR - Persatuan Pengguna Kedah (Cake) mencadangkan agar kerajaan melaksanakan pengasingan kilang beras tempatan dan beras import untuk mengelakkan berlakunya penyelewengan.

Presidennya, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, sekiranya kedua-dua beras terbabit dibungkus di lokasi yang sama ia akan memberi peluang kepada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dan menyukarkan penguatkuasaan.

Iklan
Iklan

"Kita risau pihak pengilang atau pemborong 'tukar baju' (tukar bungkusan) atau mencampur beras putih import dengan beras tempatan untuk dijual kepada pengguna.

"Ini adalah satu penipuan dan kita harap penguatkuasaan dilakukan dengan segera kerana berdasarkan pemantauan kita hari ini, beras tempatan tiada di pasaran," katanya selepas meninjau bekalan beras di sebuah pasar raya di sini pada Selasa.

Iklan

Menurutnya, ketiadaan bekalan beras tidak seharusnya berlaku kerana pengeluaran beras tempatan untuk bekalan negara adalah sebanyak 70 peratus, manakala beras import sebanyak 30 peratus.

"Jadi isunya ke mana pergi beras-beras tempatan ini sedangkan pengeluaran beras oleh petani tidak berkurangan.

Iklan

"Kita bukan mahu menuduh tetapi memang berlaku penyelewengan seperti itu. Ada pihak yang akan ambil kesempatan terhadap kenaikan harga beras dan tukar bungkusan beras untuk mengaut keuntungan yang lebih banyak," katanya.

Mohamad Yusrizal dalam masa yang sama turut menyeru kerajaan agar menghapuskan monopoli beras negara bagi menggalakkan persaingan.

"Monopoli beras yang dipegang oleh Syarikat Padi Beras Nasional (Bernas) sebagai pengeluar beras negara menyebabkan persaingan ke atas bekalan beras negara tidak berlaku.

"Mereka syarikat paling besar yang banyak membekalkan beras dan boleh keluarkan kenyataan pula bahawa harga beras putih import meningkat kepada 36 peratus," katanya.

Ujarnya, pengumuman Bernas itu akan menimbulkan kerisauan kepada pengguna kerana tidak mustahil harga makanan di restoran-restoran juga akan naik mendadak selepas ini," katanya.

Pada Sabtu, Bernas mengumumkan harga beras putih import meningkat 36 peratus iaitu daripada RM2,350 kepada RM3,200 satu tan metrik berkuat kuasa pada Jumaat.

Harga baharu itu meningkat sebanyak RM850 satu tan metrik atau 85 sen sekilogram. Pelarasan itu juga adalah selari dengan harga global semasa bagi ruji makanan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Selesai masalah bekalan beras

Harga beras putih import naik 36 peratus

Presma tak naik harga nasi

KPKM jumpa Bernas, pesawah Khamis ini bincang bekalan beras