PRK Pulai: Pusat pengundian awal markas PPM Wilayah dua ditutup

Iklan
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU - Pusat pengundian awal di Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua di Tampoi di sini, bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai ditutup pada jam 5 petang ini.

Terdahulu sebuah lagi pusat pengundian awal iaitu di Balai Polis Kempas di Kempas di sini, ditutup jam 12 tengah hari tadi.

Iklan
Iklan

Berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak tiga saluran disediakan di dua pusat pengundian berkenaan melibatkan 46 pemilih di Balai Polis Kempas, manakala 881 orang mengundi mengundi di Markas PPM Wilayah Dua.

PRK Parlimen Pulai menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH,) Suhaizan Kaiat, calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar dan calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi.

Iklan

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.

Bagaimanapun, tiada pengundian awal untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Iklan

SPR menetapkan hari pengundian bagi kedua-dua kerusi tersebut pada Sabtu ini, selepas tempoh berkempen yang bermula pada 26 Ogos lepas, berakhir pada jam 11.59 malam, 8 September. - Bernama