Syarat permohonan Dana Raya 2019 ditularkan benar

Iklan
Mesej tular mengenai syarat permohonan Dana Raya 2019.

KUALA TERENGGANU - Syarat-syarat mengenai permohonan Dana Raya 2019 DUN Ladang, di sini, sebagaimana yang ditularkan di laman sosial adalah benar.

ADUN Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar berkata, pemohon perlu menghantar permohonan kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dengan membawa borang-borang berkaitan sebagaimana dilampirkan.

Iklan
Iklan

"Mesej tular mengenai syarat-syarat ditetapkan bagi permohonan Dana Raya 2019 adalah benar dan pemohon perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebelum menghantar borang permohonan kepada MPKK,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Ditanya mengenai jumlah peruntukan keseluruhan Dana Raya 2019 bagi Terengganu, katanya, kerajaan negeri akan mengumumkan dalam masa terdekat.

Iklan

Semalam tular di media sosial mengenai syarat yang digariskan bagi permohonan Dana Raya 2019 bagi DUN Ladang, Kuala Terengganu sehingga menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Mesej tular itu memaklumkan antara syarat permohonan ialah pendapatan isi rumah RM1,100 ke bawah, orang kurang upaya (OKU), pengundi yang berdaftar di DUN Ladang serta mengisi borang pendapatan atau slip gaji.

Iklan

Selain itu, pemohon juga perlu mengemukakan nama penuh, alamat, nombor kad pengenalan, nombor telefon serta nombor akaun bank.

Terdahulu, Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri akan meneruskan pemberian Dana Raya 2019 dengan beberapa penambahbaikan bagi membolehkan bantuan itu disalurkan secara lebih bersasar, tahun ini.

Katanya, satu kaedah pertimbangan baharu akan dilaksanakan berdasarkan data-data statistik pendapatan bersih dengan menyasarkan kepada mereka yang benar-benar layak.