Malaysia teruskan dasar luar negara pragmatik - Zambry

Iklan
Zambry - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Malaysia merancang untuk meneruskan dasar luar yang bebas dan berprinsip.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa Islam & Liberty Network (ILN) ke-10, mengakui kebangkitan populisme di peringkat global telah mengancam asas demokrasi liberal.

Iklan
Iklan

"Kebangkitan populisme di pelbagai bahagian dunia telah mendorong perdebatan politik ke kedudukan yang melampau, di mana hiper-nasionalisme telah menguasai wacana dan mencabar politik liberal," katanya.

Beliau percaya peningkatan populisme menghakis asas kestabilan ekonomi dalam jangka panjang.

Iklan

Zambry berkata, dasar luar Malaysia tertumpu kepada melindungi kedaulatan dan kepentingan negara.

Memandangkan Malaysia menganggotai Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Zambry menambah, negara amat mementingkan perpaduan masyarakat Islam walaupun mempunyai penduduk yang pelbagai dengan penganut berbeza agama seperti Islam, Kristian, Hindu dan sebagainya supaya kesemuanya hidup bersama secara harmoni.

Iklan

Persidangan Antarabangsa ILN yang bermula Selasa dan akan berlangsung sehingga Rabu bertujuan menyediakan penerokaan mendalam pelbagai aspek, termasuk agama, politik, ekonomi, keamanan dan kemakmuran, dalam negara dengan populasi majoriti Islam.

Acara dua hari itu dianjurkan Yayasan ILN dengan kerjasama organisasi seperti Atlas Network, the Network for a Free Society dan Amanie Advisors.

Secara kolaboratif, mereka bergabung tenaga dengan Emir Research and Leadership and Development Studies (LEAD) bagi menjayakan persidangan berwawasan berkenaan.