Perpaduan ASEAN masih dikekalkan dengan baik - Jokowi

Iklan
Jokowi - Foto AFP

JAKARTA - Presiden Joko Widodo (Jokowi) menegaskan perpaduan dan pemusatan ASEAN masih dikekalkan di tengah-tengah cabaran dunia yang semakin sukar dan perebutan pengaruh dalam kalangan kuasa besar dunia, lapor Agensi Berita ANTARA.

"Sebagai ahli keluarga ASEAN dan pengerusi ASEAN, saya ingin menekankan bahawa perpaduan ASEAN sehingga hari ini masih dikekalkan dengan baik,” katanya pada perasmian Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di sini pada Selasa.

Iklan
Iklan

Jokowi menegaskan bahawa perpaduan ASEAN tidak bermakna tiada perbezaan pendapat antara negara anggota.

Ketua negara itu menyatakan Indonesia, sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian etnik, budaya, bahasa, dan agama, melihat perpaduan sebagai keharmonian walaupun terdapat perbezaan, termasuk perbezaan pendapat.

Iklan

"Kerana perbezaan pendapat, sebenarnya menyuburkan demokrasi. Ia menunjukkan kita sebagai sebuah keluarga berada pada kedudukan yang sama," katanya.

Menurut Jokowi, kesamaan telah menjadi"perkara yang jarang berlaku" di dunia, memandangkan beberapa ketidakadilan dan konflik yang terus berlaku akibat ketiadaan kesamaan.

Iklan

"Bagaimanapun, di ASEAN, perkara berbeza. Kesamaan sebenarnya adalah nilai utama yang kita hormati dan tegakkan bersama dalam kerangka perpaduan dan kebersamaan agar kapal besar ASEAN dapat terus belayar," tegasnya. - Bernama