Kes Zahid: Mahkamah tiada pilihan, henti bodohkan rakyat - Latheefa

Iklan
Kenyataan Latheefa menerusi hantaran di aplikasi X.

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya menggesa pihak terbabit berhenti memperbodohkan rakyat dengan mengulangi tanpa henti bahawa keputusan dibebaskan tanpa dilepaskan (DNAA) terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah keputusan mahkamah.

Menerusi hantaran di aplikasi X, Latheefa berkata, tindakan menuding jari terhadap mahkamah adalah suatu penghinaan.

Iklan
Iklan

Ini kerana kata beliau, Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas mahkamah tidak mempunyai pilihan dalam menentukannya.

"Jadi jangan salahkan mahkamah. Ia tidak jujur dan menghina hakim yang bekerja keras.

Iklan

"Kerajaan tidak boleh menuding jari kepada pihak lain," kata beliau pada Selasa.

Menurut Latheefa, Perkara 145 (3) memperuntukkan hanya Peguam Negara mempunyai kuasa untuk memulakan, meneruskan atau menghentikan pendakwaan.

Iklan

"Apabila Timbalan Pendakwa Raya memberitahu mahkamah untuk tidak meneruskan kes, maka mahkamah terpaksa melepaskan beliau kerana tidak mempunyai kuasa untuk meneruskan prosiding," katanya.

Terdahulu, pendakwaan memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa pihaknya mahu menghentikan prosiding terhadap Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO dengan mengemukakan 11 alasan.

Ahmad Zahid dibicarakan atas 47 pertuduhan iaitu lapan tuduhan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Pada 24 Januari tahun lalu, mahkamah memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendakwaan mahu hentikan prosiding kes terhadap Ahmad Zahid

Kes Zahid: Muda adakan mesyuarat tergempar - Syed Saddiq

Kes Zahid: Rasuah Busters tuntut kerajaan kotakan kata

Kes Zahid: Pimpinan Kerajaan Perpaduan perlu nyatakan pendirian - Muda

Kes Ahmad Zahid: Gerakan tuntut penjelasan

Kes Zahid: Muhyiddin persoal tindakan Peguam Negara

Idrus Harun diminta beri penjelasan kes Ahmad Zahid - Anthony Loke