Tunku Azizah tulis sendiri aduan rakyat di Sabah raih pujian warganet

Iklan
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan membeli beberapa lukisan, hasil kerja tangan oleh orang kurang upaya (OKU) pekak dan bisu Rosemary Yvonne Marcus ketika berangkat pada Majlis Santapan dan Ramah Mesra Bersama Rakyat sempena Kembara Kenali Borneo di Institut Perhutanan Telupid hari ini. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Keprihatinan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan menulis sendiri aduan mengenai jalan rosak di Sabah ketika lawatannya di negeri itu mendapat pujian warganet.

Menerusi video yang tular di TikTok itu, Tunku Azizah turut dilihat bersalaman bersama individu yang membuat aduan tersebut.

Iklan
Iklan

"Sekejap, saya tulis dahulu,” titah Tunku Azizah kepada pemberi aduan.

Berdasarkan laporan media pada Isnin, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong berangkat memulakan perjalanan Kembara Kenali Borneo di Bulatan 0KM Padang Perbandaran Tawau, Sabah.

Iklan

Al-Sultan Abdullah memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda, mengetuai konvoi kembara 25 kenderaan dengan acara pelepasan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin jam 8.30 pagi pada Isnin.

Sementara itu, tinjauan di ruang komen mendapati pelayar TikTok berharap aduan yang ditulis Tunku Azizah akan segera memberi perubahan terhadap jalan raya rosak di negeri tersebut.

Iklan

"Semoga jalan-jalan daerah Sabah dapat dinaik taraf dan tiada isu jalan berlubang lagi,” kata Nona.

"Bagus, sekarang ini bukan masa untuk lengahkan kerja, gunakan peruntukan belanjawan di Sabah sewajarnya untuk fasiliti rakyat,” kata Zull Ijoy.

ARTIKEL BERKAITAN:

Agong lawat ESSCom, Permaisuri memasak untuk rakyat di Lahad Datu

Kembara Kenali Borneo serlah keperibadian Agong terhadap rakyat - Fadillah

Pelbagaikan tanaman di Lahad Datu, Tawau untuk manfaat ekonomi - Agong

Empat menu air tangan Permaisuri untuk penduduk Lahad Datu