Tiga beranak cedera dipukul jiran

Iklan
Gara-gara menegur jiran, tiga beranak cedera dipukul dalam pergaduhan di kawasan perumahan Jalan Tepi Sungai Klang, di sini pada Ahad. - Gambar hiasan

KLANG - Gara-gara menegur jiran, tiga beranak cedera dipukul dalam pergaduhan di kawasan perumahan Jalan Tepi Sungai Klang, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang dipercayai berlaku apabila salah seorang mangsa menegur jirannya yang sebelum itu memanggil dengan kasar serta kurang sopan.

Iklan
Iklan

"Kejadian yang bermula dengan pertengkaran mulut itu kemudiannya semakin tegang apabila turut disertai beberapa rakan jiran mangsa," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Katanya, rakan jirannya itu kemudian bertindak membaling batu serta memukul mangsa serta ahli keluarga di hadapan rumahnya.

Iklan

"Kejadian mengakibatkan kesemua mangsa berumur 23 hingga 57 tahun itu cedera di bahagian cuping telinga, lengan tangan, pipi dan dada," katanya.

Menurutnya, lima lelaki warga tempatan berumur antara 25 hingga 52 tahun di tahan

Iklan

di sekitar kawasan Klang kira-kira jam 10.50 pagi pada Selasa.

"Semakan dijalankan mendapati tiga daripada lima suspek yang diberkas mempunyai empat rekod jenayah lampau.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan," katanya.