Pendidikan, rangka kerja beri kesan kepada tenaga buruh wanita

Iklan
Souad Adnane (tengah) di Persidangan Islam dan Kebebasan Antarabangsa (ILN) ke-10.

KUALA LUMPUR - Rangka kerja institusi, pendidikan, keadilan sosial dan pengabaian kesaksamaan jantina yang ketara telah menyumbang kepada penyertaan rendah tenaga buruh wanita.

Pakar Pembangunan Antarabangsa, Souad Adnane berkata, agama bukan faktor utama penyertaan rendah tenaga buruh wanita.

Iklan
Iklan

Tambahnya, perkara tersebut tidak terhad kepada sesebuah negara, sebaliknya ia berbeza di seluruh wilayah dan masyarakat.

"Interaksi rumit antara perdagangan, industri dan norma masyarakat disertakan dalam penyelidikan yang telah memberi penerangan mengenai penyertaan tenaga buruh wanita.

Iklan

"Perkara ini turut menekankan keperluan untuk pendekatan khusus bagi menangani isu kritikal yang sedang melanda wanita,” katanya.

Penyelidikan baru-baru ini memberi penerangan tentang penyertaan tenaga buruh wanita dalam perdagangan, industri dan norma masyarakat serta menonjolkan keperluan pendekatan khusus menangani isu kritikal tersebut.

Iklan

Mengulas lanjut, Souad berkata, penyelidikan mendapati sektor pertanian dan industri berorientasikan eksport lebih mesra wanita serta cenderung menggaji mereka dalam industri itu.

"Peningkatan dalam sektor bukan dagangan, seperti pembinaan dan peruncitan, berkemungkinan didominasi oleh lelaki sehingga membawa kepada kadar gaji lebih tinggi.

"Ini merupakan pekerjaan yang dilihat bergaji terlalu rendah atau kurang diingini," katanya kepada Persidangan Islam dan Kebebasan Antarabangsa (ILN) ke-10 pada Selasa.

"Apabila wanita mempunyai pendapatan, ia selalunya datang daripada suami atau saudara lelaki lain antara penyumbang kepada gaji wanita yang lebih rendah akibat pengurangan penyertaan dalam barang dagangan.

"Kenaikan harga minyak juga membawa kepada pemindahan lebih banyak perusahaan yang menyokong lelaki bagi mendominasi peranan dan mengukuhkan idea lelaki merupakan pencari nafkah utama," jelasnya.

Ujar Souad, ia akan menghasilkan pendapatan wanita lebih tinggi atau pendapatan alternatif kepada mereka untuk tidak perlu bekerja bagi menjana pendapatan.

"Faktor ini antara penyumbang kepada interaksi kompleks rangka kerja undang-undang, norma sosial, pendidikan dan pengasingan pekerjaan tradisional dijangka menentukan tempat wanita bekerja,” katanya.