Hattem penyayang, taat ibu bapa dan suka bersedekah - Kakak

Iklan
Allahyarham Muhammad Hattem (belakang, kanan) bergambar bersama keluarganya pada Hari Raya Aidilfitri lalu.

ALOR SETAR - Pelumba drag, Allahyarham Muhammad Hattem Rashdi, 22, disifatkan sebagai seorang penyayang, taat pada ibu bapa selain suka bersedekah kepada sesiapa sahaja termasuk rakan-rakannya yang baru sahaja dikenali.

Kakak Allahyarham, Noor Amalia, 27, berkata, sikap berkeras Muhammad Hattem yang bersungguh-sungguh mahu memberikan memberi wang tunai RM1,500 kepadanya untuk membeli hadiah sempena hari lahirnya dan ibu, Munirah Ahmad, 58 pada Julai lalu antara kenangan terakhir bersama adik bongsunya itu.

Iklan
Iklan

Menurut Noor Amalia, pada 26 Ogos lalu, Allahyarham mahu membelikan hadiah sempena hari lahir ibu mereka pada 20 Julai dan hari lahirnya pada 13 Julai lalu.

"Tarikh lahir kami bertiga kebetulan jatuh pada bulan Julai dan tarikh lahir Hattem pada 22 Julai. Dia kata ambil lah (duit) nanti aku tidak sempat bagi.

Iklan

"Saya tidak sangka niat baiknya itu membawa petanda dia akan meninggalkan kami buat selama-lamanya," katanya semasa ditemui di rumah mereka di Kampung Padang Lalang, dekat sini pada petang Selasa.

Allahyarham Muhammad Hattem disifatkan sebagai seorang penyayang, taat pada ibu bapa selain suka bersedekah kepada sesiapa sahaja termasuk rakan-rakannya yang baru sahaja dikenali.

Dia berkata, pada awalnya Allahyarham mahu membuat kejutan untuk membeli cincin emas kepada ibu dan dirinya namun gagal selepas pekerja kedai emas menghubunginya bagi mendapatkan saiz cincin.

Iklan

"Dia kalau keluar jumpa kawan-kawan bawa mama. Sesetengah orang malu nak lepak dengan kawan bawa ibu tapi dia tidak. Sebab itu semua kawan-kawan arwah kenal mama," ujarnya.

Terdahulu, jenazah pelumba drag itu yang meninggal dunia akibat kemalangan di litar lumba ketika menyertai Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Lalang.

Pemergian pelumba yang mewakili pasukan ESR Motor itu bukan sahaja dirasai ahli keluarga malah rakan dan kenalan apabila ribuan hadir mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan.

Difahamkan, kira-kira 3,000 sahabat serta peminat menziarahi termasuk mengiringi pengebumian Allahyarham dengan mengusung jenazah dari rumahnya ke Masjid Kampung Padang Lalang di sini sejauh 250 meter.

Jenazah disembahyangkan di masjid tersebut sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Lalang pada jam 12 tengah hari pada Selasa.

Qaliff Mikael antara anak saudara paling rapat dengan Allahyarham Muhammad Hattem.

Menurut Noor Amalia, dia paling rapat dengan Allahyarham dan kehilangannya secara tiba-tiba sangat memberikan kesan, namun dia reda dengan apa yang berlaku.

"Paling ketara, anak buah kami, Qaliff Mikael Mohd Fuzairie, 9, yang terlalu rapat dengan arwah kerana sebelum ini sentiasa bersamanya. Dia sering menangis apabila melihat gambar Hateem yang dipanggil 'Achu' sejak pagi tadi," ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN:

Perlumbaan drag ragut nyawa tiada pengiktirafan MAM

Ribuan iringi perjalanan terakhir Hattem

Pelumba drag maut, penganjur perlu ambil tanggungjawab - KBS

Pelumba drag Hattem Rashdi maut kemalangan di litar lumba