'Gelombang hijau bukan dicetuskan Pas' - Mohd Azlan

Iklan
Mohd Azlan ketika menjadi panelis dalam Wacana Sinar yang bertajuk ‘PRK: Mood tiga penjuru’ yang dihoskan oleh Ismail Adnan. - Foto Sinar Harian/Rosli Talib

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Gelombang hijau bukan dicetuskan Pas, sebaliknya ia diperkenalkan oleh bekas Pengerusi DAP, Tan Sri Lim Kit Siang sehingga menjadi igauan sekali gus membangkitkan semangat rakyat dalam meneruskan perjuangan.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Johor, Mohd Azlan Alias berkata, rakyat juga sedar gelombang hijau itu hasil kebangkitan orang Melayu yang ingin menyelamatkan agama serta tanah airnya.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, Perikatan Nasional (PN) begitu optimis untuk meraih kemenangan berdasarkan sokongan anak muda terhadap mereka.

"Gelombang ini berjaya dibina dan hasilnya keputusan pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini memperlihatkan PN berjaya mencapai jumlah kerusi melebihi jangkaan.

Iklan

"Anak muda pada hari ini semakin celik dan bijak malah bukan sekadar menatap permainan video dalam talian, sebaliknya mereka menggunakan media sosial serta teknologi bagi mendapatkan maklumat,” katanya dalam Wacana Sinar yang bertajuk ‘PRK: Mood tiga penjuru’ yang dihoskan oleh Ismail Adnan.

Turut menjadi panel Naib Ketua Pemuda UMNO Johor, Dr Mohammad Aswad Ithnain, Naib Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bersatu (Bersatu), Syafiq Aziz dan Exco Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Fadhli Umar Aminolhuda pada Selasa.

Iklan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 9 September ini manakala pengundian awal berlangsung pada Selasa.

Wacana Sinar siri ke 411 membincangkan tajuk PRK: Mood Tiga Penjuru menampilkan panelis, Naib Ketua Pemuda UMNO Johor, Dr Mohammad Aswad Ithnain (dua dari kiri), Timbalan Ketua Pemuda Pas Johor, Mohd Azlan Alias (tengah), Exco Pemuda Amanah Johor, Fadhil Umar Aminolhuda (dua dari kanan) dan Naib Ketua Armada Bersatu Kota Tinggi, Syafiq Aziz (kanan) yang diadakan di Karangkraf. - Foto Sinar Harian/Rosli Talib

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan berikutan kematian penyandangnya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas, akibat pendarahan dalam otak.

Sementara itu, menurut Mohd Azlan, penampilan calon DUN Simpang Jeram, Dr Mohd Mazri Yahya antara penyebab kemungkinan undi terhadap PN akan bertambah sekali gus mencetuskan gelombang hijau.

Ujarnya, penampilan calon itu bukan sahaja memerlukan latar belakang yang baik, tetapi juga individu taat kepada agama menjadi faktor pengundi memilih mereka.

"Kami dalam PN optimis bahawa gelombang kebangkitan orang Melayu itu akan sampai di bumi Johor.

"Ini juga ada disebut oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mengatakan gelombang hijau mungkin boleh sampai sehingga ke Singapura,” katanya.