Bunga Raya 7s tekad gasak habis Hangzhou 2022

Iklan
Azwan Zuwairi mengetuai Bunga Raya 7s di Sukan Asia Hangzhou 2022. - Foto KRM

SERAMAI 12 pemain ragbi dipilih menggalas cabaran skuad Bunga Raya Tujuh Sebelah (7s) di temasya Sukan Asia Hangzhou 2022, China.

Acara yang dijadualkan menyingkap tirai pada 24 hingga 26 September itu menyaksikan 12 negara mengambil bahagian bagi kategori lelaki yang dibahagikan kepada 4 kumpulan.

Iklan
Iklan

Bunga Raya 7s kendalian Nik Safuan Ismade Nik Man dibantu Nik Mohd Shahiddan Mohd Zain diundi dalam Kumpulan B bersama Korea Selatan dan Taiwan.

Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) meletakkan sasaran separuh akhir pada edisi Hangzhou 2022 kali ini yang diketuai pengurus, Ahmad Effendy Abdul Razak.

Iklan

Sebagai rekod, edisi Jakarta-Palembang 2018, Bunga Raya 7s menamatkan saingan di tempat kelima keseluruhan.

Para pemain yang dipilih menggalas cabaran negara kali ini ialah kapten pasukan, Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi, Muhammad Zulhisham Rasli, Muhammad Kamal Hamidi Mohd Raihan, Mohamad Shah Izwan Nordin, Wan Azley Wan Omar, Muhammad Harith Iqbal Muhamad Anhar.

Iklan

Turut menggalas cabaran ialah Muhammad Hafizize Sudin, Muhammad Safiy Md Said, Amalul Hazim Nasarrudin, Adam Ariff Alias dan Ahmad Zulhilmi Aizad dan Amirul Ramzan Amir.

Skuad Bunga Raya 7s dijangka berlepas ke Hangzhou pada 21 September ini.