PN bertanding di ‘padang yang tak rata’

Iklan
Syafiq Aziz - Foto Sinar Harian/Rosli Talib

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) dilihat ‘bertanding di padang yang tak rata’ berbanding gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Naib Ketua Armada Bersatu Kota Tinggi, Syafiq Aziz berkata, berbanding pembangkang, PH-BN menggunakan kekuatan yang ada dengan mengumumkan ‘gula-gula’ pilihan raya iaitu peruntukan RM500 juta bagi menyegerakan projek naik taraf fasa pertama di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia bukanlah cara sebenar berpolitik untuk ditunjukkan kepada generasi muda.

"Kalau tolak jalur politik, saya sendiri sebagai anak muda rasa ini bukan caranya orang berpolitik. Sedangkan sebagai anak Johor, kita tahu kesesakan hospital ini daripada dulu lagi. Saya ingat, sejak 10 tahun lepas, isu parkir masih tak selesai.

Iklan

"Mereka kena ada prinsip dan maruah serta kena keluar daripada jalur parti dalam memilih pemimpin,” katanya dalam Wacana Sinar Siri 411 yang bertajuk ‘PRK: Mood tiga penjuru’.

Program itu dikendalikan hos, Ismail Adnan dan turut disertai panelis, Naib Ketua Pemuda UMNO Johor, Dr Mohammad Aswad Ithnain; Timbalan Ketua Pemuda Pas Johor, Mohd Azlan Alias dan Exco Pemuda Amanah Johor, Fadhli Umar Aminolhuda.

Iklan

Sementara itu, Syafiq berkata, PN membawa jenama prihatin sejak daripada penubuhan kerajaan sebelum ini.

"Semasa jadi kerajaan, jenama ini banyak membantu daripada segi sudut dasar dan banyak meliputi segmen masyarakat termasuk anak muda. Boleh juga katakan PN ini jenama kepada anak muda,” katanya.