Kastam Kedah bongkar sindiket pemerdagangan orang

Iklan
Johari (tengah) menunjukkan minuman keras yang dirampas di ICQS di sini, Rabu lalu.

BUKIT KAYU HITAM - Tindakan seorang wanita warganegara Myanmar yang tidak berhenti untuk pemeriksaan bagasi, di Pusat Pemeriksaan Penumpang, Jeti Kuah Langkawi Khamis lalu, berjaya membongkar suatu sindiket pemerdagangan orang di pulau berkenaan.

Pengarah Kastam Kedah, Datuk Johari Alifiah berkata, hasil pemeriksaan dalam kejadian jam 8 pagi itu mendapati wanita itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah serta tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

Iklan
Iklan

Katanya, pemeriksaan lanjut ke atas feri yang akan dinaiki wanita terbabit juga berjaya menemui enam orang warganergara Myanmar yang turut tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

"Kesemua mereka yang berusia antara 20 hingga 30 tahun itu ditahan reman selama tujuh hari mulai 10 Mei lalu.

Iklan

"Kes disiasat mengikut Seksyen 26A,Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta Atipsom 2007) kerana disyaki mengatur dan merancang secara langsung atau tidak langsung, kemasukan seseorang secara tidak sah ke dalam Malaysia," katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan pada Rabu lalu, sepasukan anggota dari Cawangan Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Bukit Kayu Hitam berjaya merampas sembilan krek minuman keras berjenama Tiger Beer yang dianggarkan bernilai RM522.

Iklan

Johari berkata, kejadian berlaku pada jam 11.55 malam ketika anggotanya menahan dan memeriksa sebuah kenderaan jenis Suzuki ERV berwarna emas di Lorong Pemeriksaan Kenderaan Ringan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini.

"Kereta berkenaan datang dari arah Thailand untuk masuk ke Malaysia dan ketika pemeriksaan awal kami berjaya menjumpai sejumlah minuman keras yang tidak berkastam.

"Minuman terbabit ditemui disorok di dalam ruangan yang telah diubahsuai di bahagian bumbung kenderaan berkenaan," katanya.

Johari menunjukkan ruangan yang telah diubahsuai untuk menyorok minuman keras berkenaan.

Menurutnya, pemandu kenderaan berusia 61 tahun itu ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967 kerana disyaki mengangkut dan membawa barang tidak berkastam," katanya.