Lepas habis berniaga, sampah pun berserakan

Iklan
Sebagai peniaga yang bertanggungjawab, mereka sepatutnya tidak membiarkan sampah-sampah hasil daripada perniagaan dibiarkan begitu sahaja. - Foto123RF

MERAK Jalanan tumpang gembira lihat ramai peniaga kecil kembali rancak berniaga terutama di pasar malam dan pasar tani, malah ada juga yang berniaga dengan buka ‘car boot’.

Perkembangan itu sangat positif kerana kebanyakan peniaga terdiri daripada golongan belia dan mungkin juga mereka daripada kumpulan B40 serta M40.

Iklan
Iklan

Namun, yang menjelikkan mata Merak Jalanan ialah dari segi kebersihan, khususnya melibatkan peniaga kumpulan besar dan keadaan itu boleh dilihat dengan jelas di pasar malam serta pasar tani.

Masalah pengurusan sampah masih di takuk lama. Biasanya habis sahaja berniaga, maka kita akan dapat melihat begitu banyak longgokan sampah yang dibiarkan begitu sahaja.

Iklan

Lebih memburukkan keadaan sampah-sampah tersebut kemudiannya diselongkar pula oleh anjing-anjing liar yang mencari makanan.

Bukan sahaja anjing, Merak Jalanan pernah nampak sekumpulan tikus sebesar anak kucing turut sama mencari makanan daripada sisa-sisa ikan dan sayur-sayuran yang dibuang.

Iklan

Sebagai peniaga yang bertanggungjawab, mereka sepatutnya tidak membiarkan sampah-sampah hasil daripada perniagaan dibiarkan begitu sahaja.

Walaupun akan ada pekerja pembersihan yang datang membersihkan sampah-sampah tersebut tetapi bagi Merak Jalanan, adalah lebih baik jika peniaga sendiri menjaga kebersihan di tapak perniagaan masing-masing.

Janganlah ada sikap nak serahkan tugas bersih kawasan perniagaan mereka bulat-bulat kepada pekerja pembersihan.

Tak rugi tenaga pun kalau kumpul dan buang sampah selepas berniaga dalam plastik besar, ikat ketat-ketat dan kumpulkan di satu tempat.

Tapi kerjasama pengunjung juga dituntut agar sama-sama jaga kebersihan dengan tidak membuang sampah seperti bungkusan makanan dan minuman sesuka hati.