Tunisia perturun ilmu berguna buat skuad karate

Iklan
Skuad karate akan mengalas cabaran negara pada Sukan Asia Hangzhou bermula 23 September ini. - Foto Facebook MSN

SKUAD karate negara memperoleh pengalaman berharga menerusi kem latihan bersama atlet Tunisia menjelang Sukan Asia Hangzhou 2022 di China yang berbaki 18 hari.

Latihan di Tunisia itu bagi meningkatkan fokus atlet karate tanpa sebarang gangguan ketika kontinjen negara menghitung hari temasya tersebut yang dijadualkan bermula 23 September ini.

Iklan
Iklan

Kapten pasukan negara R Sharmendran berkata, latihan tersebut bertujuan meningkatkan tahap atlet ke paras yang lebih tinggi.

Malah beliau turut memuji Tunisia kerana mempunyai atlet berkualiti dan ia banyak memberi manfaat kepada atlet negara menjelang edisi ke-19 temasya sukan terbesar Asia itu.

Iklan

"Tidak sangka Tunisia mempunyai atlet yang mantap dan ia bagus untuk kami.

"Kami dapat berlatih dengan atlet yang di tahap tinggi dan saya juga tumpas sekali. Ini satu isyarat penting agar kami dapat memperbaiki prestasi,” katanya.

Iklan

Sharmendran turut mendedahkan beliau bertarung dengan sepenuh hati dalam sesi latihan tersebut tanpa menghiraukan kecederaan yang dialaminya.

"Saya dalam situasi sama ada perlu bertarung sepenuhnya atau langsung tidak melakukannya tanpa perlu ambil kira faktor kecederaan.

"Tahap Sukan Asia sangat tinggi jadi untuk capai podium maka kami perlu melakukan yang terbaik.

"Jadi ini bukan masanya untuk saya fokus kepada kecederaan,” katanya.

Skuad negara dijadualkan terbang ke Ireland dengan empat atlet negara akan bertanding dalam Kejohanan Liga Perdana Satu pada Jumaat ini.

Mereka kemudian akan meneruskan kem latihan di Maghribi untuk 12 hari yang bermula 12 September.