MANCHESTER United disifatkan gagal tampil dengan persembahan meyakinkan terutama ketika bertandang ke tempat lawan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
United gagal meraih kemenangan ketika kunjungan ke Stadium Tottenham Hotspur apabila tewas kepada pasukan tuan rumah 0-2 selain turut ditundukkan oleh Arsenal 1-3 di Stadium Emirates.
Iklan
Iklan
Malah, dua kemenangan yang diraih di laman sendiri juga disifatkan kurang meyakinkan apabila hanya mampu menang tipis 1-0 ke atas Wolves dan 3-2 ke atas Nottingham Forest.
Bekas pemain England, Paul Merson menilai barisan pemain United beraksi dengan rasa takut.
"Manchester United beraksi di laman lawan seperti hanya mahu seri. Mereka cuba untuk tidak kalah sebelum cuba untuk memenangi perlawanan.
"Saya sangat hairan kerana kalau pasukan lain menjaringkan gol, maka pemain United juga perlu mencari gol.
"Saya rasa pengurus pasukan harus lebih berani dan dia harus membuat para pemainnya lebih berani. Permainan mereka terlalu negatif dengan permainan serangan balas," katanya.