Enam guru terima bantuan YGMB

Iklan
Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB), Aminudin Adam (tiga dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Munadi Wan Mamat (tiga dari kanan) bersama penerima manfaat sebagai ahli YGMB di Festival Guru Malaysia 2019 di sini, hari ini.

BAYAN LEPAS - [DIKEMASKINI] Seramai enam orang guru menerima bantuan masing-masing sebanyak RM1,000 dan RM500 daripada Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB).

Bantuan tersebut adalah inisiatif YGMB kepada guru terbabit yang juga merupakan ahli yayasan tersebut bagi menyambung pengajian ke universiti serta sumbangan bencana.

Iklan
Iklan

Mereka yang menerima bantuan pendidikan itu terdiri daripada Rodiah Halim, Nur Hayatul Sakinah Abdul Rahman, Mohamad Zambri Dahaman, Mohamad Fuad Rashid dan Kalaivani Anandan.

Manakala Anis Hasniza Hashim pula menerima bantuan bagi kategori bencana sebanyak RM500.

Iklan

Bantuan tersebut disampaikan sendiri oleh Pengerusi YGMB, Aminudin Adam dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Munadi Wan Mamat yang turut meluangkan masa beramah mesra dengan guru-guru terbabit.

Salah seorang penerima, Rodiah berkata, dia menyertai YGMB sejak Oktober tahun lalu dan penyertaannya itu ternyata memberi banyak manfaat kepada dia dan keluarga.

Iklan

"Hari ini, saya menerima bantuan pendidikan sebanyak RM1,000 bagi menyambung pengajian ke universiti. Saya telah menyambung pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang Sarjana Pentadbiran Pendidikan sejak Mac lalu.

"Bantuan RM1,000 itu, sekurang-kurangnya dapat menampung perbelanjaan saya membeli kelengkapan untuk belajar nanti," katanya ketika ditemui pada Festival Guru Malaysia 2019 di Pusat Konvensyen Setia Spice, di sini hari ini.

Manakala Mohamad Fuad pula berkata, langkah dia menyertai YGMB sejak lima tahun lalu sememangnya berbaloi dengan pelbagai manfaat dinikmatinya.