PN Pahang selesai bincang calon kerusi DUN Pelangai

Iklan
Tangkap layar hantaran di facebooknya pada Rabu

KUANTAN - Perikatan Nasional (PN) Pahang mengetengahkan calon yang mengambil kira aspirasi masyarakat setempat dan mampu untuk membela nasib rakyat sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Timbalan Pengerusi PN Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, perbincangan untuk meletakkan calon di kerusi DUN terbabit telah selesai dan berakhir dengan harmoni serta penuh setiakawan pada Selasa.

Iklan
Iklan

"Calon yang bakal diketengahkan pastinya mampu bersaing dengan calon yang akan diletakkan oleh PH/BN. Insya-ALLAH calon yang kita pilih akan diumumkan apabila tiba masanya.

"Insya-ALLAH gerak kerja kempen akan dapat dilaksanakan secara bersepadu dan tuntas," katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya pada Rabu.

Iklan

Dalam pada itu, Rosli yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, PN menaruh harapan besar dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi DUN tersebut bagi menambahkan lagi kerusi PN di Pahang.

"Insya-ALLAH dengan semangat dan komitmen yang ditunjukkan jentera pilihanraya, PN Pahang mampu membina keyakinan masyarakat DUN Pelangai untuk memilih Perikatan Nasional," tambahnya.

Iklan

PRK DUN Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun.

Pada 17 Ogos lalu, Johari antara 10 individu yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam.

Pada PRU15, Johari menang kerusi DUN Pelangai dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan calon PN, Kasim yang mendapat 3,260 undi; Ahmed Wafiuddin Shamsuri daripada Pakatan Harapan (PH) (2,031 undi) dan Isa Ahmad daripada Pejuang (65 undi).