Kemasukan pelajar ke politeknik, kolej komuniti meningkat

Iklan
Mohd Noor (lima dari kanan) melawat tapak pameran selepas merasmikan Majlis Pertandingan Inovasi Pembelajaran Digital CIDOS Inspiring Learning Awards (eDOLA)

SHAH ALAM - Kemasukan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke politeknik dan kolej komuniti meningkat hampir 20 peratus pada Sesi Akademik 2023/2024.

Pengarah Kanan Akademik Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi, Mohd Noor Shahudin berkata, politeknik dan kolej komuniti menerima kemasukan seramai 118,000 pelajar berbanding tahun lalu hampir 90,000 pelajar.

Iklan
Iklan

"Nampaknya generasi baharu sudah kembali kepada TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional), mungkin juga selepas pemulihan Covid-19 dan stabil senario itu berlaku.

"Sekarang ini ada 118,000 (pelajar) termasuk peningkatan 20 peratus itu dan sebelum ini (sesi sebelumnya) hampir 90,000 dan sasaran kita adalah 120,000 pelajar," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pertandingan Inovasi Pembelajaran Digital CIDOS Inspiring Learning Awards (eDOLA) Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia Kali Ke-11 di Shah Alam pada Rabu.

Beliau berkata, kebanyakan daripada 36 politeknik dan 105 kolej komuniti seluruh negara mencatatkan penerimaan kemasukan pelajar baharu yang cemerlang malah di sesetengah tempat amat memberangsangkan.

Iklan

"Kebanyakan politeknik dengan mengikut statistik dalam dua tiga hari lepas beberapa politeknik sudah melepasi sasaran kemasukan sebagai contoh Politeknik Balik Pulau.

"Sebelum Covid-19 kita kurangkan pengambilan dan sekarang ni selepas Covid-19 kemasukan menurun di semua institusi namun kini kemasukan mula melonjak semula," tambahnya lagi.

Antara bidang pengajian yang mendapat permintaan tinggi di politeknik dan kolej komuniti ialah kejuruteraan elektrik dan elektronik serta kejuruteraan mekanikal (automotif) dan kejuruteraan awam.

Selain itu, ia termasuk seni bina; teknologi makanan; teknologi maklumat (teknologi digital); teknologi kreatif; seni kulinari; bidang perdagangan dan bidang pelancongan dan hospitaliti.