Kelantan catat 50 kematian akibat tibi dalam tempoh enam bulan

Iklan
Dr Zaini (dua, kanan) melawat gerai pameran sempena Sambutan Hari Tibi Peringkat Negeri Kelantan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai pada Rabu.

KOTA BHARU - Kelantan mencatatkan 50 kematian akibat penyakit tibi dalam tempoh enam bulan bermula Januari hingga Jun tahun ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin berkata, jumlah itu melibatkan 666 kes iaitu melibatkan kadar insiden 32.1 peratus bagi 100,000 penduduk.

Iklan
Iklan

"Kebanyakan pesakit tibi di negeri ini melibatkan golongan dewasa berusia 55 hingga 64 tahun.

"Bagaimanapun, ia turut melibatkan pesakit kanak-kanak sekitar 10 peratus," katanya semasa sidang akhbar pada Rabu.

Iklan

Sebelum itu beliau merasmikan Sambutan Hari Tibi Peringkat Negeri Kelantan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai di sini.

Menurut beliau, kes tibi pada tahun ini menunjukkan sedikit peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Iklan

Ujarnya, peningkatan ini berlaku susulan ada segelintir pesakit yang mengambil mudah iaitu lewat mendapatkan rawatan sepatutnya.

Dr Zaini memberitahu, paling ketara apabila ada sesetengah pesakit tidak mendapatkan rawatan yang sempurna kerana tempoh merawat tibi adalah lama.

"Pesakit tibi yang berakhir dengan kematian biasanya mempunyai penyakit lain seperti jantung, diabetes dan sebagainya. Selain penyakit itu sendiri sudah di peringkat kronik.

"Bagi memastikan penyakit ini tidak terus menular JKNK sentiasa membuat pemantauan, kempen kesedaran dan banyak lagi," katanya.