Tak perlu kelulusan PJS, hanya patuhi garis panduan KBS - MUSC

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Selasa. (Kanan: Tangkap layar kenyataan media MUSC)

MUSC tampil menjelaskan kelab itu tidak perlu mendapatkan kelulusan Pesuruhjaya Sukan (PJS) dan sanksi Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) bagi menganjurkan Test N Tune Malaysia Drag Bike ET Record 2023.

Menurut kelab itu, penganjuran program sukan tempatan oleh badan sukan (Kelab yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997) tidak perlu mendapatkan kelulusan PJS berkuatkuasa 10 April lalu.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun ia hendaklah mematuhi garis panduan ditetapkan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).

"Penganjuran program perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan dan kelulusan pemilik lokasi.

Iklan

"Selain itu penganjur juga hanya perlu mendapatkan perlindungan insurans bagi menjamin perlindungan peserta,” kata MUSC dalam satu kenyataan pada Rabu.

Jelas MUSC lagi, penganjuran program latihan sukan bermotor tidak perlu mendapatkan sanksi MAM seperti dimaklumkan MAM menerusi sesi perbincangan antara wakil MAM dengan kelab MUSC dan beberapa pemegang taruh (pihak-pihak penganjur) yang lain.

Iklan

"Program latihan sukan bermotor iaitu Test N Tune Malaysia Drag Bike ET Record 2023 yang berlangsung di Litar Pekan Speedway, Pahang 2 da 3 September lalu mematuhi garis panduan seperti mana dinyatakan,” kata MUSC.

Pada masa sama MUSC memaklumkan kemalangan membabitkan Allahyarham Hattem Rashidi berlaku ketika sesi ujian latihan 'single run' sebelum hilang kawalan ke atas jenteranya disebabkan masalah teknikal enjin.

"Pihak kami berjumpa dengan waris serta mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kejadian ini dari awal sehingga akhir, tanpa menunding jari kepada mana-mana pihak yang turut ada kaitan.

"Pihak kami juga akan mengambil segala langkah penambahbaikan sewajarnya bagi memperbaiki aspek keselamatan semasa demi memartabatkan lagi program latihan Test N Tune ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Perlumbaan drag: PJS siasat jika ada unsur pelanggaran akta

Perlumbaan drag ragut nyawa tiada pengiktirafan MAM

Ribuan iringi perjalanan terakhir Hattem

Pelumba drag maut, penganjur perlu ambil tanggungjawab - KBS

Pelumba drag Hattem Rashdi maut kemalangan di litar lumba