Belanjawan 2024: Sabah dijangka terus terima peruntukan terbesar

Iklan
Ahmad Maslan pada sidang akhbar pada Jelajah Belanjawan 2024 Negeri Sabah di SICC Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Sabah dijangka akan terus mendapat peruntukan terbesar daripada kerajaan Persekutuan menerusi belanjawan akan datang.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pada belanjawan tahun ini Sabah menerima peruntukan sebanyak RM6.5 bilion untuk projek pembangunan.

Iklan
Iklan

"Di Sabah adalah yang terbesar daripada keseluruhan 14 negeri dan dari segi bilangan projek tahun lepas adalah sebanyak 1,048 merentas kementerian-kementerian dan tahun ini ditingkatkan kepada 1,144 projek.

"Dari segi bilangan projek bertambah, dari segi peruntukan tahunan daripada RM5.1 bilion ditingkatkan kepada RM6.5 bilion.

Iklan

"Ini peruntukan bajet tahunan pembangunan tetapi dari segi jumlah kos projek dipecahkan ikut tahunan.

Pada 2022 jumlahnya RM48.1 bilion.

Iklan

Kita beri RM5.1 bilion tahun itu, namun ia melonjak RM6.1 bilion tahun ini dengan nilai RM6.5 bilion projek pembangunan," katanya pada sidang akhbar selepas hadir pada Jelajah Belanjawan 2024 Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Rabu.

Tambah Ahmad lagi, selain itu kerajaan Persekutuan juga memberikan sumbangan tunai rahmah (STR) kepada rakyat di Sabah.

"Kita juga ada berikan STR kerana ini kadang-kadang orang tidak lihat, STR kepada rakyat Sabah daripada jumlah isi rumah sebanyak 370,000 dengan nilai RM525 juta, warga emas sebatang kara 81,000 orang jumlahnya RM48 juta dan untuk bujang 347,000 orang dengan jumlahnya RM121 juta.

"Jumlah keseluruhan tiga kategori itu 769,817 orang dengan nilai RM666.3 juta, ini untuk STR," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan Persekutuan akan meneruskan peruntukan terbabit dalam belanjawan 2024.

"Kita sedar jumlah berkenaan masih tidak mencukupi sebab Sabah negeri yang luas dan kekurangan prasaranan walaupun demikian ia membuktikan kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan tumpuan yang tinggi kepada Sabah.

"Di Semenanjung pun ada lagi yang memerlukan peruntukan, namun dari segi sudut wilayah ini untuk kali pertama ini masa saya umumkan bahawa projek pembangunan terbesar (di Sabah) dibanding dengan negeri lain pada bajet tahun ini dan kemungkinan pada bajet tahun depan ia akan berlaku sekali lagi," katanya.