MOSCOW - Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX, Elon Musk berkata pada Selasa, syarikat itu sedang menunggu kelulusan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) AS untuk melancarkan satu lagi kapal angkasa Starship, lapor Sputnik.
"Starship sedia untuk dilancarkan, menunggu kelulusan lesen FAA," kata Musk di platform X (dahulunya dikenali sebagai Twitter).
Iklan
Iklan
SpaceX mendedahkan bahawa pihaknya telah"menempatkan Starship sepenuhnya pada pad pelancaran di Starbase" di Texas.
SpaceX menjalankan pelancaran gabungan pertama kapal angkasa Starship dan penggalak peringkat pertama Super Heavy pada April.
Musk berkata pada akhir Jun bahawa SpaceX akan melancarkan satu lagi kapal angkasa Starship dalam masa kira-kira enam minggu, sambil menambah bahawa pelancaran baharu itu mempunyai kira-kira 60 peratus kebarangkalian untuk memasuki orbit. - Bernama/Sputnik