Australia umum strategi tingkat perdagangan dengan Asia Tenggara

Iklan
Albanese - Foto EPA/PKKL

CANBERRA - Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese mengumumkan strategi baharu untuk meningkatkan perdagangan dengan Asia Tenggara, lapor Xinhua.

Albanese; Menteri Luarnya, Penny Wong; Bendahari, Jim Chalmers; dan Menteri Perdagangan, Don Farrell pada Rabu mengeluarkan kenyataan bersama dengan mengumumkan Strategi Ekonomi Asia Tenggara Australia hingga 2040.

Iklan
Iklan

Pelan tindakan itu yang dibangunkan oleh Duta Khas untuk Asia Tenggara, Nicholas Moore, menetapkan cara Australia meningkatkan hubungan perdagangan dengan rantau ini dan membuat 75 cadangan untuk mengukuhkan perkongsian dengan negara-negara Asia.

Ia mengenal pasti 10 sektor keutamaan yang menawarkan pertumbuhan ekonomi paling berpotensi, termasuk pertanian dan makanan, infrastruktur, penjagaan kesihatan, serta pendidikan dan kemahiran.

Iklan

Kerajaan telah membelanjakan AS$60.8 juta bagi menyokong pasukan perjanjian pelaburan yang berpangkalan di rantau ini, program pertukaran perniagaan Asia Tenggara, dan program penempatan serta latihan untuk golongan profesional.

"Ekonomi Asia Tenggara yang berkembang pesat memberikan peluang besar untuk perniagaan Australia, tetapi kami tidak mengikuti pertumbuhan eksponen mereka," kata Albanese.

Iklan

"Strategi ini menggariskan bagaimana kita boleh memanfaatkan pertumbuhan ini, dan merebut peluang perdagangan dan pelaburan yang luas yang ditawarkan oleh rantau kita."

Menurut strategi itu, perdagangan dua hala Australia dengan negara-negara Asia Tenggara bernilai AS$113.5 bilion pada 2022.

Kenyataan itu juga menyeru kerajaan untuk mengurangkan halangan pelaburan asing, visa pantas dan mengembangkan jaringan pengangkutan udara dengan Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam. - Bernama/Xinhua