Beberapa kampung di Jerantut, Raub dilanda banjir kilat

Iklan
Antara rumah yang terjejas akibat banjir kilat di Kampung Sempadan,Jerantut. - Foto Ihsan APM

KUANTAN - Hujan lebat berterusan malam Selasa menyebabkan beberapa kampung di daerah Jerantut dan Raub dilanda banjir kilat.

Dalam laporan yang dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Jerantut, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Kampung Sempadan dibuka menempatkan 27 mangsa melibatkan lapan buah kediaman.

Iklan
Iklan
Fadzli (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan kerajaan negeri kepada mangsa banjir kilat di Raub.

"Pada jam 3 pagi, Rabu telah berlaku kejadian banjir kilat di Kampung Sempadan berpunca hujan lebat bermula jam 10 malam Selasa menyebabkan kenaikan dan limpahan paras air Sungai Sepan di kampung tersebut.

Dalam pada itu, seramai 20 mangsa di Kampung Pamah Rawas terdiri tujuh buah keluarga ditempatkan di PPS Rumah Pertanian Kampung Pamah Rawas dan tiga lagi melibatkan sebuah keluarga dari Kampung Peruas di Raub dipindahkan ke PPS Surau Peruas selepas hujan berterusan menyebabkan air sungai melimpah.

Iklan

JPBD Raub memberitahu, pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Raub menerima laporan banjir kilat itu pada jam 1 pagi.

Dua PPS dibuka iaitu di Kampung Pamah Rawas dan Kampung Peruas,Raub dibuka selepas banjir kilat melanda kampung terbabit.

Sementara itu, Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong menyampaikan sumbangan kerajaan negeri kepada mangsa terlibat di daerah tersebut.

Iklan