Jimat 35 peratus dengan pili cekap air

Iklan
Nor Azrina (kanan) meninjau penggunaan pili cekap air yang baharu dipasang di Masjid Andalusia Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani Kedah.

SUNGAI PETANI - Penukaran pili konvensional kepada pili cekap air dilaksanakan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di lokasi terpilih seluruh negara dijangka mampu menjimatkan penggunaan bulanan mencecah 35 peratus.

Anggota Suruhanjaya merangkap Ahli Jawatankuasa Perlindungan dan Pendidikan SPAN, Nor Azrina Surip berkata, langkah itu terbukti melalui ujian teknikal yang dilakukan dalam tempoh seawal tiga bulan dari tempoh penggunaan produk cekap air berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penjimatan pada penggunaan air itu boleh ditafsirkan melalui jumlah bil bulanan yang lebih murah pada bulan berikutnya berbanding sebelumnya.

"Demi mencetus kesedaran umum akan pentingnya memastikan kelangsungan bekalan melalui penjimatan yang boleh dicetuskan melalui penggunaan produk cekap air, SPAN telah memulakan langkah menaja pemasangan produk ini terutamanya pili air di kawasan tumpuan umum sejak 2017.

Iklan

"Pelaksanaan aktiviti khidmat masyarakat penukaran pili sebegini telah dilaksanakan hampir di semua negeri di Semenanjung Malaysia dan masjid ini juga merupakan antara yang telah dipilih untuk menerima manfaat ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir ke Program Pemasangan pili cekap air di Masjid Andalusia Bandar Laguna Merbok di sini pada Rabu.

Iklan

Hadir sama, Anggota Suruhanjaya SPAN, Datuk Loo Took Gee dan Pengerusi Masjid Andalusia, Burhanuddin Wahab.

Menurut Nor Azrina, apa yang diusahakan adalah ikhtiar dalam membantu melestarikan perkhidmatan dan bekalan air negara.

"Namun yang lebih mustahak adalah langkah memastikan penggunaan produk cekap air ini dimanfaatkan sepenuhnya dan dapat terus tersedia untuk digunakan pada tahun-tahun mendatang.

"Disebabkan itu, kami mohon kerjasama pihak jawatankuasa masjid untuk menyelia pili dari sebarang aktiviti vandalisme atau disalah guna," katanya.

Dalam program berkenaan, sebanyak 86 pili konvensional telah digantikan dengan pili cekap air di Masjid Andalusia manakala 73 lagi ditukar di Masjid Sultan Muzaffar Shah.