PRK: Calon Bebas mahu selesai masalah banjir kilat

Iklan
Jegaanathan menunjukkan keadaan parit yang ditumbuhi semak samun sehingga sering mengakibatkan banjir kilat di Simpang Jeram, Bakri, Muar pada Selasa.

MUAR - Calon Bebas, S Jegaanathan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram mendakwa banjir kilat setiap kali hujan lebat di parit utama di Simpang Jeram berpunca daripada tiada kerja-kerja penyelenggaraan.

Menurutnya, tinjauan pada Selasa jelas menunjukkan semak samun dalam parit sehingga mengakibatkan air sukar untuk mengalir dan tersekat sehingga melimpah apabila penuh.

Iklan
Iklan

"Ini termasuk kerosakan parit yang sudah berlaku difahamkan sejak hampir setahun. Ini menampakkan pihak berkaitan tidak mengambil peduli masalah dihadapi rakyat.

"Ini adalah kegagalan pihak bertanggungjawab untuk menyelenggara sistem perparitan. Bukan satu atau dua parit tetapi difahamkan banyak tidak dilakukan penyelenggaraan mengikut jadual," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan parit itu.

Iklan

Katanya, jika kegagalan penyelenggaraan berlaku akibat daripada kekosongan kerusi DUN Simpang Jeram, perkara itu tidak benar kerana baru sahaja berlaku kira-kira sebulan yang lalu.

"Oleh yang demikian, bagi mewakili penduduk di kawasan Simpang Jeram ini, saya mengharapkan tindakan perlu dilakukan bagi menyelenggara semua sistem perparitan di kawasan DUN ini agar tiada lagi masalah banjir kilat berulang," katanya.

Iklan

Beliau akan memperjuangkan masalah itu sekiranya diberi mandat pada 9 September ini.