Perlumbaan drag: AADK bukan penganjur bersama

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Selasa

PEKAN - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) tidak terlibat sebagai penganjur bersama Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023 yang berlangsung di sini hujung minggu lalu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, agensi itu sebaliknya telah menarik diri memandangkan perlumbaan terbabit tiada kelulusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Menurutnya, kenyataan polis yang dikeluarkan hasil siasatan awal pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan sebelum ini berlaku kesilapan.

Iklan

"Berdasarkan kenyataan penganjur, acara itu turut melibatkan AADK bagaimanapun agensi terbabit sebenarnya telah pun menarik diri. Kesilapan amat dikesali," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Perlumbaan Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023 menjadi sorotan ekoran kemalangan yang berlaku hingga meragut nyawa seorang pelumba drag, Muhammad Hattem Rashdi, 22.

Iklan

Hattem dilaporkan mengalami kecederaan parah apabila motosikal ditunggangnya terbabas pada hari pertama perlumbaan tengah malam, Ahad lalu.

Mangsa yang mewakili ESR Motor menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan dan menghembuskan nafas terakhir pada petang Selasa selepas bertarung nyawa lebih 12 jam.

ARTIKEL BERKAITAN:

Ditawar pampasan: Keluarga Hattem tidak letak harapan tinggi

Tak perlu kelulusan PJS, hanya patuhi garis panduan KBS - MUSC

Perlumbaan drag: PJS siasat jika ada unsur pelanggaran akta

Perlumbaan drag ragut nyawa tiada pengiktirafan MAM

Ribuan iringi perjalanan terakhir Hattem

Pelumba drag maut, penganjur perlu ambil tanggungjawab - KBS

Pelumba drag Hattem Rashdi maut kemalangan di litar lumba